Pencinta Buku

Secret Admire

Sunday, 27 November 2016

News from me

Assalamualaikum alls, disini aku nak mintak maaf la sbb aku busy xsempat nak bkk blog. Fb pun jarang2 aku bukak.

Ada someone pm fb aku tnya bila aku nak sambung coretan2 aku. So disini aku nak mohon maaf sbb aku xboleh sambung mencoret lgi. Kekangan waktu menyebabkan aku xsempat nak mencoret contengan jalanan aku. Tambah2 tahun ni banyak perkara yang terjadi menyebabkan aku xsempat dan xde idea nak mencoret.

Sekarang aku tengah prepare untuk internal practical d kolej tempat aku blaja. Aku tinggal 3 sem je lagi nak graduate. So memang busy gila dan subject aku study pun makin susah. Insya-Allah nanti aku habis blaja aku try sambng balik coretan aku.

Tuesday, 24 November 2015

New vampire look

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni aku meroyan dengan vampire look. Xtau la kenapa, aku rasa cun gilooos bila pakai lipstick wrna pelik2. Hikhik. I will show u guys the vampire addict that I have became.

P/s: jangan lupa abaikan english grammar xbetul itu.

Tuesday, 4 August 2015

Raya and cuti

Assalamualaikum
Hi alls.
Sebenarnya aku nak post gambar aku bercuti d terengganu with my beloved family and gambar raya with my big family.
Dan sesungguhnya, aku memang busy. Baru je kelmarin, presentation final project dan minggu depan aku dah final exam. So skrng memang 12 jam sehari dok menghadap nota. Sampai tgh goreng ikan pun, nota yang jdi perisai.
So aku up pic je la ye. Kira halal la.
P/s: Dear, Mr.Cavill Bab 25 dah siap. Tpi serius aku malas nak mengedit. So aku simpan Mr. Cavill dlm laci almari di celah2 baju aku.

Saturday, 4 July 2015

Penyesalan di hujung jalan

Assalamualaikum
Cinta...
Amat mudah di suarakan sang bibir
Namun...
Ikhlas lah cinta itu?
Cinta bisa dicari disetiap pelosok dunia
Tetapi mampukah kesetiaan dicari
Mencari kesetiaan didalam percintaan
Diibaratkan mencari sebutir permata di lautan kaca
Cinta itu mampu membibitkan rasa bahagia
Namun terkadang hanya derita yang ada
Bukan salah lelaki itu kerana mencinta
Bukan salah wanita itu ingin dicinta
Bukan salah lelaki itu mengucapkan cinta
Bukan salah wanita itu mencintai sebuah ucapan cinta
Cinta itu lumrah kehidupan manusia di dunia
Tetapi di sela-sela waktu dengan berlalunya masa
Membuatkan lelaki itu terlupa dengan ucapan cinta lama pabila cinta mula beralih
Membuatkan wanita itu terlupa dengan kasih lalu bila cinta hilang ditelan masa
Apabila lelaki beralih kasih dan wanita berpaling tadah
Apabila satu hari di hari tua lelaki itu sedar akan kekhilafannya
Apabila esok hari wanita itu sedar kesilapannya
Akan ada yang terluka
Penyesalan mula dirasa
Samada lelaki itu atau wanita itu
Cinta sejati itu bukan sekadar cinta
Ianya memerlukan pengorbanan
Pengorbanan yang mengajar manusia erti kehidupan
Ianya memerlukan berjuta kesabaran
Dalam mencari permata di lautan kaca
Ianya memerlukan rasa belas ihsan
Agar tiada yang terluka atau diluka
Dan cinta tidak semestinya memiliki
Terkadang cinta harus dilepaskan
Agar kebahagian ada di hujung jalan

Thursday, 25 June 2015

Mini novella- Dear, Mr. Cavill. - Bab 1

Assalamualaikum

Bab 1 - The first meet

‘Hay calor en la ciudad, hay calor en la bahia, venga nos fuimos de fiesta de noche y dia…’
suara Enrique Iglesias yang memekak menanyi lagu baru dari album barunya Sex and Love itu menandakan ada panggilan masuk ke 'pakwe'aku atau nama sebenar beliau ialah Lenovo S930. Aku terus capai tuala dan bungkus tubuh aku dengan kadar yang sesegera yang mungkin dan melangkah keluar dari bilik air.

Handphone yang duduk tergedik-gedik atas katil dek penangan vibrate aku capai dan tertera pemanggilnya disitu. Tanpa membuang masa, aku terus jawab dan tekan ‘loudspeaker’, handphone aku letak kembali diatas katil.
“Assalamualaikum Mai, weekend ni lepas habis tusyen kau ada program nak pergi mana-mana tak?” suara Suha, salah seorang dari bestfriends aku kedengaran.
“Walaikumsalam, aku tak de program lagi.Que (kenapa)?”aku bertanya.
“tak de, kalau kau tak de program lagi, aku nak ajak kau pergi shopping.”
“shopping? Kat mana?” aku Tanya lagi.
“The Mines? Jihan, Mas Joko ngan Pijo pun join.”
“alamak bestnya. okay, nanti aku tanya parents aku dulu. Apa-apa hal, aku call kau.”
“lupa pulak aku pasal puteri lilin. Okay lah. Don’t forget ask your parents.”
“si, tidak akan ku lupakan.”
“okay, bye love. Jumpa kat tusyen.”
“okay, Adios.” setelah Suha meletakkan telefon aku merenung pakwe, haih, aku nak tanya macam mana la parents aku ni? Kalau diorang tak bagi macam mana? Memang betul 200% la apa yang Suha cakap tu. Aku, Aisya Humaira Binti Luqman anak kepada Luqman bin Yusuf dan Fatimah Binti Hussein ni sememangnya puteri lilin. Luqman bin Yusuf atau lebih dikenali sebagai bapa aku ialah orang Selangor tulen dan mak aku Fatimah binti Hussein orang 100% pure Kelantanese. Tahun ni umur aku baru je sweet 17. Muda remaja lagi. Itu juga bermakna tahu ni SPM is waiting for me. Finally after ten years I’ve waiting for this moment. akhirnya, tahun ini aku SPM juga that’s means lepas ni aku tak payah lagi pergi sekolah menghadap budak-budak lelaki tak berapa berguna kat sekolah tu.

Aku sebagai anak bongsu dari tiga beradik perempuan, ye aku hanya ada kakak dan kakak-kakak aku masih single dan available. Maybe, parents aku terlampau overprotective terhadap aku sebab aku anak bongsu kot, dan tadi tu salah sorang bestfriend aku dari 4 orang bestfriends for the life aku. Nasuha Jamilah binti Fattah, atau nama singkat beliau Suha, kadang-kadang bila time aku nak marah bertukar jadi angry bird, aku panggil dia Jamilah sebab dia tak suka orang panggil dia Jamilah, agak kampong bunyinya, kata Nasuha Jamilah. Aku kenal Suha dari darjah 4 lagi. Start dari darjah 4 sampai la sekarang, kitaorang jadi bestfriend forever. Suha ni orang tulen tak de mix Selangor. Jihan pulak memang bestfriend for entire life aku, berbeza ngan Suha yang memang fashionista, Jihan ialah orang yang simple, sesimple namanya, Jihan binti Firdaus,  kalau Suha aku kenal masa darjah 4, Aimie pulak aku kenal memang dari baby lagi, kitaorang membesar bersama, main bersama, lompat pagar sekolah bersama, mengaji bersama, masuk sekolah rendah yang sama, pendek kata, segalanya bersama la. Yang tak bersamanya ialah, kitaorang masuk sekolah menengah lain. Biarpun kami ni like neighbor for the rest of our life dan memang hari-hari jumpa, tapi masa nak berpisah sekolah menengah tu, kitaorang menangis satu tub mandi ada aku rasa. Jihan berdarah campuran Perlis dan Johorians tapi parents dia memang menetap  kat Selangor. Mas Joko atau nama sebenarnya, Ahmad Ziyad Swilecz bin Farouk Fernandes Swilecz (pronounce- su-wi-leks) ialah bestfriend aku dari form 1. Mula-mulanya, aku ada sedikit crush dekat dia, ye la, mana tak ada crush. Mamat tu handsome, mix, pandai, loving pulak tu. Tapi bila aku duduk dalam kelas yang sama dengan dia selama setahun dan mengenali mamat ni betul-betul, terus hilang crush aku kat dia. Pastinya, anda semua tertanya-tanya kenapa kitaorang panggil mamat ni Mas Joko? Kitaorang bagi dia nama manja Mas Joko sebab, nenek sebelah mak dia orang Jawa dan atuk sebelah mak dia orang Kelantan dan mak dia pandai cakap 4 bahasa iaitu, Bahasa Melayu, English, Kelantanese Malay dan Bahasa Jawa, dan Mas Joko ni pulak reti cakap 4 bahasa jugak tapi Bahasa Jawa tak termasuk dalam list otak dia, Bahasa Jawa tak famous katanya. Mas Joko pandai cakap Bahasa Melayu, Kelantanese Malay, English dan jangan terkejut kalau aku bahasa keempat dia apa, bahasa keempat Mas Joko ialah bahasa French! Kenapa, dia reti cakap Perancis? Senang saje jawapannya, sebab bapa dia orang Perancis tulen! Syed Muhammad Fauzi Isa bin Syed Jamaludin ialah tak lain tak bukan Pijo. Aku kenal Pijo melalui Jihan atau lebih tepatnya, Pijo ni bestfriend Jihan. Pijo ni baik orangnya, suka bantu orang, suka baca buku, suka masak (sebab bapa dia chef), A’s straight student dan suka kucing. Tetapi, budak Pijo ni ada satu masalah besar, iaitu, keblur-an beliau. Pijo ni memang blur gila. Sampai, kadang-kadang aku pun naik menyampah ngan keblur-an dia. Parents Pijo orang Negeri Sembilan dan menetap kat Selangor. Okay, berbalik kepada tujuan utama hidup aku untuk hari ini, iaitu pergi cakap kat parents aku tentang program aku untuk merambu kat Midvalley Weekend ni.

Setelah aku siap pakai baju.Aku menapak keluar dari bilik ke ruang tamu, tempat family aku melepak. Okay, aku dah Nampak kepala ayah aku sedang bersenang-lenang atas sofa tetapi, bayang mak aku tak de lagi kat situ. So, I guess my mom is surely ada kat dapur. Aku melangkah dan duduk atas sofa dekat tepi ayah aku.Tanpa mengendahkan citer orang putih yang ayah aku tengok tu, aku bersuara.
“ayah, weekend ni adik nak keluar boleh tak?” dengan penuh kelembutan dan kemanjaan aku bersuara.
“weekend ni? Bukan ke weekend ni adik tusyen? Nak pergi mana?”
“yup, weekend. Lepas tusyen Suha ajak pergi shopping.”
“shopping kat mana? Nak pergi sana ngan apa?”
“The Mines.Ayah Suha hantarkan.”
“owh, kalau Haji Fattah hantarkan pergi lah. Tapi adik kena balik sebelum pukul 6 petang.Boleh?”
“okay, beres bos. Sebelum pukul 6 petang adik balik. Thanks ayah. Muah. Love you.” Terus aku kiss pipi ayah aku dan melangkah ke dapur. Cari makanan timeee!!!

Weekend itu.

“okay guys, that all for today.  Minggu depan jangan lupa kajian prosa kita okay. Next week make sure you guys bawak nota kajian prosa yang cikgu bagi hari tu.” Setelah selesai menyampaikan amanatnya, Cikgu Salmah atau nama famous nya Cikgu Sally melangkah keluar dari bilik tusyen yang sederhana besar tu dengan gaya berjalan catwalk yang kalau cat tengok pun confirm menangis tiga hari tiga malam.
“Mai, cer kau tengok Cikgu Sally tu jalan.Catwalk, masya-Allah.Mengalahkan model berjalan atas runway.Kau tak rasa ke Cikgu Sally tu dulu ada cita-cita nak jadi model tapi tak cukup tinggi?” Suha membuka mulut sambil tangannya ligat mencekup segala pen, pencil, buku dan nota-nota sastera masuk kedalam beg sandangnya.
“Pandai-pandai kau je fitnah Cikgu Sally tu nak jadi model tapi cita-cita tak kesampaian.Pernah ke dia cakap dekat kau yang dia nak jadi model?” aku berkata sambil kami berjalan beriringan ke tangga.
“Tak de la pulak dia cakap kat aku. Tapi cara dia jalan tu macam ada something wrong je. Pelik bebenor catwalk beliau itu.” Mimik muka Suha tu dah cukup untuk membuktikan yang dia memang tak boleh go on dengan catwalk Cikgu Sally.
“Ler, dah dia rasa dia cantik jalan macam tu. Kita nak buat macam mana?” aku bersuara lagi sambil membetulkan tudung bawal hitam bidang 60 favourite aku.
“Idok ler, terasa dirinya cun pun agak-agak la nak datang buat catwalk runaway kat sini. Oh, by the way, kau fikir ke nak cari apa kat The Mines?”
“Tak tau lagi nak gi cari apa. Aku nak gi cari calon tutt boleh tak?” aku buat muka merenyam nak mintak penampar.
“Amboi-amboi. Gatal kau sekarang ye?Aku cakap dekat bapak kau nanti, baru kau tahu.”Suha mecekak pinggang.
“Aku kira okay la ni. Baru reti nak menggatal. Kau tu, dari form 1 lagi dah sibuk nak menggatal apa ke hal nya?Dan sebelum kau buka mulut cakap kat ayah aku. Aku dulu akan buka mulut cakap dekat ayah kau pasal list ‘The Ex’s’ kau tu.” Huh ada hati nak ugut aku konon. Aku terbayang muka Uncle Fattah yang putih gebu tu memerah bila tau tentang cerita cinta anaknya.
“Oh no, don’t you dare. I surrender and I promise aku akan simpan rahsia kau.” Aku ketawa mendengar kata Suha
“Tau pun takut. Kau jangan lupa yang segala rahsia kau, dari pasal kau letak lipas dalam beg sekolah abang kau masa kita umur lima tahun dulu sampai la rahsia kau pergi date lepas sekolah ngan mamat cina tak bersunat tu aku tau.” Sedang syok-syok aku usik Suha tu kitaorang pun sampai la kat depan pintu tangga bangunan tusyen tu dan tetiba, buk. Adoi, sakitnya punggung aku. Suha pulak boleh gelak golek-golek kat situ.

Aku gosok kepala aku yang rasa macam pening-pening lalat dek ter’crash’ dengan sapa tah, aku bangun dan aku menoleh kearah Suha yang tadi galak ketawakan aku tetiba jadi bisu. Aku melihat ke mana  arah mata Suha yang dah membulat macam mata ikan lolong tu melihat dan apabila aku Nampak apa yang Suha nampak, mata aku pun membulat sekali. Oh My Allah. Bila Enrigue Iglesias datang Malaysia ni? ehh jap, mata Enrique Iglesias warna coklatkan? Apasal pulak mata Enrique Iglesias ni lain macam je? Mamat ni bukan Enrique Iglesias eh? Foriegner? Aku langgar foreigner? Ohh Allah, please help me, why this happening to me? Aku baru je langgar seorang foreigner yang gila handsome seperti jejaka idaman aku, tak lain tak bukan Enrique Iglesias? Oh nooo, apa aku nak buat ni?Aku buat-buat pengsan je boleh tak? Kalau aku buat-buat pengsan, mamat ni tolong sambut tak pe la jugak, ini kalau jatuh tergolek kat sini, aku jugak yang malu. Penghabisannya aku tengok dia dan dia tengok aku. Mata aku yang kelip-kelip tengok kat dia tu merayau-rayau kat muka dia yang handsome tu. Tengok tu mata dia warna  err coklat cair? Ke warna kelabu? Purple? Hijau?Ke warna-warni?Konfius pulak aku ngan warna matanya.Kemudian hidung, mulut dan dagu.Tiba-tiba Suha cubit lengan aku dan dan keluar la slang latah aku.
“opocot  kepala Enrique Iglesias tergolek eh terlentang kepala patik eh mata kau warna warni eh aku langgar Enrique Iglesias eh.” Secara spontan aku menutup mulut aku dengan tangan. Malu gila siot. Tapi its okay la kan dia bukan faham pun. Sesaat kemudia baru aku sedar akan kesalahan aku yang keluar melulu tak tengok kiri kanan kemudian pandangan aku kembali beralih kepada foreigner tadi.
“I’m sorry, its my fault. I just dashing out from the stairs without seeing left and right. You know, like crossing the road without looking? I am truly sorry.” Dengan grammar English yang aku sendiri tidak pasti tentang kesahihannya aku bersuara. Dan mata aku kembali merayap tapi kali ini bukan ke mukanya lagi tapi ke arah dada nya yang bidang dibaluti t-shirt lengan pendek bertulis Raph Lauren, lengannya yang dipenuhi muscle err muscle? Ooo my Allah, patut la aku rasa kepala aku macam pening-pening lalat pun. Aku langgar muscle rupanya. Scary.
“Its okay, besides there is no harm for me. But are you okay?” foreigner tersebut berbicara dengan slang err aku pun tak pasti slang apa tapi aku rasa bukan slang UK ataupun US.
“yea, I’m fine.” No I am not fine at all. Aku tengah pening-pening lalat ni, okay. Tapi aku nak cakap pening-pening lalat macam mana kat dia? Apa orang putih sebut pening-pening lalat?
“okay then if you’re fine. Oh by the way, latah awak tadi tu comel dan untuk pengetahuan awak mata saya bukan warna warni tapi warna coklat and I have a mutation called heterochomia iridum. That’s make my eyes like this but my eyes original color is brown dan saya bukan Enrique Iglesias ataupun sedara mara dia..” He smirk and just go. Yeah just go and just like that. 5 saat kemudian foreigner tu dah hilang dari pandangan mata aku.
But, wait seminit, manusia tadi tu orang putih kan? Apa ke hal pulak dia cakap melayu? Takkan la orang putih tu reti pulak cakap melayu? Aku ni halusinasi ke apa? Untuk memastikan aku ni berhalusinasi ke tidak,, aku pandang Suha dengan pandangan yang dipenuhi perasaan culture shock dan Suha pun pandang aku dengan pandangn yang sama. That’s means, orang putih tersebut memang cakap melayu dan aku masih waras sebab tak halusinasi. What?! Orang putih tu cakap melayu? Maknanya dia faham apa yang aku cakap tadi? Oh nooo. I’m gonna faint, someone please catch me. Don’t let me bergolek di sini.

Sesampai je kitaorang kat The Mines, tempat pertama yang kitaorang tuju ialah Seoul Garden.Omo sedapnya. Kitaorang pergi buat tempahan meja untuk lima orang package lunch untuk pukul 2:00 petang. Memandangkan lepas kitaorang siap baya tu jam baru menunjukkan pukul 1:40 petang. Kitaorang blah dari Seoul Garden dan pergi round cari surau untuk solat zohor sekali dengan tunggu Jihan, Mas Joko ngan Pijo sampai.

Lepas aku dan Suha siap solat, kami mengensot ketepi dinding untuk member ruang kepada orang lain yang nak solat.Ye la tempat tu bukannya besar sangatkan, masuk sepuluh orang sesak la jawabnya. Ditepi dinding, aku betulkan scarf dan anak tudung hitam yang aku pakai sebelum aku sauk balik tudung bawal favourite aku ke kepala. Suha pun belit shawl dia balik, diputarnya shawl tu sampai aku yang tengok ni pulak rasa lemas.
"weh, daripada kau dok terlopong tengok aku belit benda alah ni baik kau call teletubies tiga ekor tu. Tanya diorang duduk kat mana."Amboi, sesedap asam boi dia je nak arah aku. Sambil mencebik kearah Suha, tangan aku merayap cari 'pakwe' dalam beg. Haishh mana pula 'pakwe' ni pergi? Hah itu pun dia, dah jumpa 'pakwe' aku tekan ehh tekan ke? Touch la kan? Ke tekan tu masih relevan lagi untuk digunakan? Whateverlah, aku touch 'pakwe' dengan penuh kasih dan sayang. Contact, search dan Jihan. Okay, I found it. Call, tunggu kejap, okay Jihan angkat.
"Assalamualaikum, weh korang duk kat mana? Cepat la sikit. Aku ngan Suha dah siap solat, siap ngan bertakafur dah ni."
"Walaikumsalam, jap la.bro Din dah drop kitaorang. Kat entrance dah ni." Jihan menjawab.
"okay, chow. Aku ngan Suha tunggu korang kat SG. Adios" Aku terus putuskan talian, ye la nanti habi pulak kredit aku.
"diorang dah duk kat entrance. Jap lagi sampai la tu. Jom keluar." Aku berkata pada Suha sambil ambik stoking hitam aku dalam beg dan pakai. Aku berdiri dan Suha bersuara.
"tolong,"Suha buat muka tak berapa cute sambil hulur tangan dia, mintak diheret. Aku buat muka like-I-care dan terus menonong ke pintu surau tanpa menoleh lagi.
"Aisya Humairaaaaa, sampainya hati kau!!" tanpa pedulikan suara Suha aku pakai sandal Oasis hitam aku dan tunggu Suha keluar kat tepi pintu surau tu.
"Mai, sampai hati kau kan." Suha keluar dengan muka asam kecut seribu dan buat muka tak puas hati kat aku. Aku sengih, usah diucap sepatah perkataan lagi.
_____________________________________________________________________________________

Lebih kurang lepas lima saat aku ngan Suha terpacak kat depan Seoul Garden, tiga ekor teletubies tu pun sampai dan kita orang masuk Seoul Garden. Lepas kitaorang duduk kat meja kitaorang, Mas Joko ngan Pijo pergi ambil tiga pinggan daging favourite kami iaitu bulgogi!! Damn, Nampak je daging bulgogi terus meleleh air liur aku. Kami tiga dara pingitan pun tanpa membuang masa cepat-cepat penuhkan cup ngan latte dan ekspresso. Mas Joko ngan Pijo terus berulang-alik ambil segala jenis makanan kat meja buffet tu, Suha ngan Aimie dok sibuk ambik ice cream dan aku duduk kat meja tunggu bulgogi. hihihi. Okay, aku mengaku, aku memang suka makan. So? Who cares kan?

Lepas semua dah ada, kami mula grill bulgogi dan udang. Seafood dan mushroom favorites aku, kami letak dalam sup. Tengah kita orang tunggu bulgogi tu masak, tetiba Suha buka mulut.
"Weh, do all of you knows? Someone who is sitting here with us has found her prince charming bout two hours ago?" Suha menyoal sambil angkat kening double jerk, sengih miang dan matanya menghala kearah aku. Shit punya kawan. Tak boleh simpan rahsia lansung. Benda memalukan macam tu, mesti nak share berlima. Senyap-senyap udah la.
"really?" Mas Joko menyoal kembali dengan muka biar-betik nya.
"who is it? Kau ke Ji? Bukan kita duduk dalam kelas sama ke tadi? Apasal Suha tahu, aku yang duduk kat tepi kau ni tak tahu pun? About two hours ago? Kau jumpa sapa babe?"Giliran Pijo pulak menyoal dengan muka blur yang dihala kearah Jihan.
“aigooo, apahal la kau ni blur sangat? Apa pulak akunya. Memangnya dalam kelas kita tadi tu ada ke yang handsome tahap Omar Borkan Al Gala sampai boleh jadi prince charming? Kau ni otak bijak add math 99% sia-sia je tau." Jihan, gadis pura-pura cun bertudung coklat bidang 55 menjawab.
"aduhai Pijo, apasal la otak genius kau ni lembap sangat? Takkan la Aimie jumpa prince charming kita tak perasaan kot?" Mas Joko menambah.
"habis sapa? Mai? Really?" Mata Pijo membulat apabila menyedari yang mereka semua ni sedang bercakap pasal aku.
"yela, sapa lagi? Aigooya." Jihan buat muka apa-punya-blur-kawan-aku-ni.
"so, what happen? Adakah Enrique Iglesias telah muncul dalam hidup Mai?" Jihan berkata dan tiga pasang mata beralih kearah aku dan Suha. Aku buat bodoh dan angkat daging bulgogi yang penuh atas griller tu masuk pinggan aku.
"yay, bulgogi dah masak la. Angkat angkat, kang hangit pulak. Kempunan aku nak makan bulgogi." Belum sampai lima keping aku angkat bulgogi tu masuk dalam pinggan aku, pinggan ditangan aku dirampas oleh Mas Joko dan diedar kepada Pijo yang mula mengangkat bulgogi yang ada kat atas griller tu.
"kau jangan nak lari dari topic okay, kang aku tak bagi bulgogi ni kat kau." Ugut Mas Joko. Okay, ini semua salah Suha.
"okay, okay. Bukan prince charming la. Tak de makna nya aku nak jumpa manusia macam prince charming naik kuda putih, pakai baju besi siap ngan pedang bagai kat tengah-tengah Bandar ni. Suha ni saje je buat cerita." Aku memang tak jumpa prince charming tapi aku jumpa Enrique Iglesias guys!
"huk aloh, mung ni Suha. Wak suspen aku jah. Sungguh aku ni gak nok dengar cito prince charming mung." Tudia, dah keluar dah slang klate Mas Joko ni.
"wak ceghito palo otok mung Mai, mung meme la tok jupo prince charming pakai baju besi, tapi mung jupo jejaka idaman, aku pulok wak ceghito. Molek sikit deh, tak dok maso aku nok wak fitnah ko mung." Okay, seriously  Suha, better kau tak payah sibuk nak cakap Kelantan, cakap bahasa baku sudah. Tak payah nak terikut-ikut ngan cara berkomunikasi aku ngan Mas Joko sebagai darah mix Kelantan. Jadi orang Siam bunyinya.
"oloh la, tolong la oyak cheghito hok sebenar ni ko kitaorang. Pening weh." Jihan bersuara meniru dialek Kelantan yang bunyinya dah macam orang Siam kecek Kelate.
"errm, jolo tu. Kawe sokong Jihan. Proceed please?" Pijo si budak minang bersuara. Aku ngan Mas Joko saling bertukar pandang dan ketawa kami pecah dek dialek Kelantan yang pelik semacam bunyinya bila keluar dari mulut mereka.
"okay dah, hentikan tiru meniru dialek disini. Meh aku cerita kat korang. Ceritanya bermula kat tution tadi, time, kitaorang tengah turun tangga nak balik tadi, Mai ni dok sibuk betulkan tudung dia yang aku tengok memang tak pernah betul macam tuannya tu. Sampai kat pintu bergrill-mahal-sekali-sepak-tetcabut tution kita tu, minah ni tak toleh kiri kanan, dia terus go straight keluar dari situ. Lepas tu pun, bammmm!! Dia langgar la mamat ni..." Tak sempat Suha habiskan cerita, Jihan mencelah.
"so, mana prince charming nya?" minah ni memang tak reti nak sabar.
"wait la, aku tak habis cerita lagi."Suha bersuara dengan jelingan maut dihadiahkan kearah Jihan
"oh, okay. Go on" dengan muka sorry-my-fault, Jihan bersuara
"okay, lepas tu. Aku angkat muka tengok mamat tu. Lepas aku tengok muka mamat tu, terus mata aku coulture shock. Muka mamat tu memang sebiji macam Abe Enrique si Mai ni. Memang kalau aku selfie dengan dia, lepas tu letak dalam fb dengan description menyatakan aku baru jumpa Enrique Iglesias pun, mesti orang percaya punya. Memang sebijik la muka diaorang, lepas tu benda yang memang buat aku ngan si Mai ni terkejut beruk sampai beruk pun tak pernah terkejut sampai macam tu sekali ialah mamat tu cakap melayu, diulangi, dia cakap melayu!"
"Really?" Tiga mulut, satu perkataan, tiga pasang mata, satu pandangan. Pandangan betul-ke-kau-ni-ke-kau-tido-lepas-tu-mimpi-dalam-kelas??
"habis tu Mai ,kau tak mintak dia punya fb, twitter ke blog ke? Apa-apa je la yang membolehkan kau ngorat dia? Rezeki depan mata tu weh. Jangan ditolak." Jihan melihat aku dengan mata penuh excited.
"gila kau nak suruh aku buat macam tu, habis la tittle gadis ayu melayu terakhir yang dah 17 tahun aku pegang ni."Aku kerdip-kerdip mata ala-ala ayu.
"hek eleh, gadis ayu konon." Mas Joko mencelah dengan gaya nak muntah
"ayu la sangat." Kata Pijo dengan mata keatas tangan dibahu. Cis, kurang ajaran sungguh besties aku ni.
" whatever, meh sini bulgogi aku, malas la aku nak citer pasal prince charming yglang memang tentu lagi pasti tak nak dekat aku." Aku menarik pinggan yang dipenuhi bulgogi tersebut letak depan aku, bismillah, dan ngap aku makan tanpa mempedulikan besties tak berguna aku.
"Ya Allah, nikmatnya benda ni." Mata aku terpejam menikmati keindahan saat ini. Namuh keindahan itu tidak lama pabila Suha bersuara.
"wei wei, Mai, tu mamat Enrique Iglesias yg tadi tu kan?" Suha menampar lengan aku dan aku pandang ke arah mata Suha yang mengahala ke meja sebelah. Oh my Allah, kenapa dan kenapa aku jumpa dia ni lagi?
"mana? mana?" Mulut Jihan yang memang tak pandai duk diam, menanya Suha atau lebih tepatnya dia menanya satu Seoul Garden tu. Mata aku still tertancap di meja mamat tu, aku tengok mamat tu sedang ber'cepika' 'cepiki' (short form untuk cium pipi kanan dan cium pipi kiri) dengan seorang minah saleh blonde, yang bertudung, mana aku tau minah ti blonde sebab dia pakai tudung? aku tau sebab kening dia blonde, menyampah la pulak aku menengok, apasal kau pakai tudung nak cepika cepiki bagai? buang tebiat nak mampus? Kemudian, mamat tu berpeluk n kiss pipi ngan mat-mat saleh yang duduk dimeja tersebut, apa hal kau nak berpeluk sesama jantan? gay ke apa? aku pun dengan penuh khusyuknya mengira bilangan mat-mat saleh tu, ada lima orang semuanya. Mungkin semuanya gay, ye la ada le patut berpeluk siap kiss pipi lagi kat sini. Tapi, bukan budaya barat ke cam tu? aih, yang aku nak sibuk ni kenapa? Suka hati dia la dia punya pipi kan? Bukan aku punya pipi. Tetiba mamat tu berpaling ke arah aku, aku pun cepat-cepat alihkan pandangan aku ke muka Mas Joko dan aku menggelengkan kepala sambil kembali menghadap bulgogi dan makan tanpa pandang kiri dan kanan sambil melayan teletubies empat ekor ni bercakap.

________________________________________________________

Nota kaki: Dear, Mr. Cavill dah ada smpai Bab 23. Tpi seyes aku kena check balik overall. Yg kat atas tu pun aku check ala kadar je. So Kira halal la ye klu ada salah silap.  Bab 2 dan Bab yg next aku akn post thun depan. Muahaha.

Saturday, 20 June 2015

Bermulanya fasa baru dalam kehidupan

Assalamualaikum

Hai alls, dah berabuk blog aku ni. Fuhhhh, tiup sikit biar hilang debu.

Aku nak cerita pasal fasa baru dalam hidup aku iaitu, fasa kehidupan sebgai seorang student.

Asalnya, aku nak ambik Diploma Penulisan Artistik d UITM. Tapi sebab result SPM aku sekadar cukup-cukup makan je. So aku xdapat g mana-mana IPTA. Jadi aku ambik keputusan untuk study d IPTS.

Sekarang ni aku study course Diploma E-Secretaryship d Cosmopoint International University College d Kota Bahru, Kelantan. Kolej tu klu d KL dikenali sebagai KLMU. Jadi bermula la hidup aku sebagai seorang student. Aku memang tak sabar gila nak graduate. Lepas graduate jdi secretary la aku. Muahaha.

Sunday, 15 February 2015

Kahwin, Kahwin Dan kahwin

Assalamualaikum

Sejak Dua menjak ni ramai sangat orang kat sekeliling Aku ni dok bercerita pasal kawin. Aku pun xmengerti kenapa. So disini Aku nk ulang kembali memori yentang cerita kawin yg dihadapi oleh Aku sejak dua menjak ni.

Cerita 1
Ceritanya bermula bila Aku balik dari keyl tempoh hari, Aku g jalan2 seperti biasa kat umah mak sedara aku, dan tetiba mak sedara n Kakak Aku berkata.
"Kak Su mung tahu dok anak si tuuttt Tu nok nikoh bln Ni, Tpi buke Nga tune Dio hok cikgu Tu. Katanya nok nikah Nga technicians pulok." Mak sedara Aku berkata.
"La, jolo ko c.Jaa? Bila Dia putus Nga tune Dio hok hritu? Aku x tau pun." Kakak Aku berkata.
"Xtau la Aku k.Su bila masa Dio putus." Mak sedara Aku.
"Hmmm, xpo la c.Jaa doh jodoh Dio nok wak gano?" Kaka Aku.
Tetiba Nenek AKu mencelah
"Pah mung Kak Su, emy bila lagi?" Kakak n Mak sedara Aku Dah start berpandangan Dah. Aku pun jawab
"Xtau la tok, nati kalu ada jodoh ada la Tu"

Conclusion nya: nenek Aku Dah nak suruh Aku kawin sedangkan Aku masih muda remaja. Stress.

Cerita 2
Aku tgh chat ngan Kakak angkat Aku, beliau tnya Aku tntng pakwe.
"Nana xdop gewe ko loni na?" Kata Kakak angkat Aku
"Xdop Kak. Malas" Kata Aku
"Bkpo nyo na? Kak buke nak srh na gewe ko GPO mugo Kak pun tahu gewe Tu dosa. Tpi na kalu na nok CRI calon, Boleh doh slow2 na." Kata Kakak angkat Aku.
"Ntah la Kak, Malas la Nana nok pikir." Kata Aku
"Na, awak Tu nak ank ramai, kena la nikoh awal dik wei. Kalu de tuo cekat ko Nana nok jgo ank ramai2?" Balas Kakak angkat Aku kembali.
"Xpo la Kak, nati ada jodoh ada la Tu. Nikoh pun xtentu ada ank ko dok. Perancangan je hok lebih nok ank ramai, Tpi semuanya d tangan Allah Kak."

Conclusion nya: Aku tahu la Aku nak anak ramai, Tpi xsemestinya kawin awal terus ada ank. Kalu xde rezeki, xde jgk. Lagipun really? Aku nak kawin sekarang? Aku Ni masak sup sayur pun jdi syur goreng.

Cerita 3
Cerita INI terjadi ketika Aku tengah bercakap dari hati ke hati ngan Kakak-Kakak Aku.
"Aku Ni kalu ado jodoh Aku ingat Aku nok nikah doh tahun Ni," Kata Kak Ngah
"Kalu mung ada calon gak nikah la cepat-cepat." Kata Kak long
"Betul Tu, Klu ada calon nikah la buha, nati Aku sponsor kad nikah mung." Kata Kak Su
"Kalu Aku nikoh Aku xse wak Majlis besar sangat. Sanding pun Aku xse." Kata Kak Ngah
"Kalu adik nikoh, adik nok sanding, rugi mugo adik nok nikoh sekali je seumur hidup kalu Boleh," Kata Aku
"Mung pun ken, dik, Boleh doh nok cari calon loni. Nikoh maso mudo-mudo Ni." Kata Kak long kepada Aku n Kak Su.
"Kalu adik nok nikoh loni, adik nok oyk gano ko ayah? Mesti Malu gilo. Mesti Ayh oyk, gatal bebenor ank bongsu Aku Ni." Aku berkata.
"Gapo hok payah dik, oyk je la ko Ayh, Ayh adik ada sain nok mari jupo Ayh. Kalu ayah tengok Dio Ayh kene, Dio nok masuk mine." Kata Kak long.

Conclusion nya: kenapa tetiba Aku jadi gatal bebenor? Hmmmm Dan perlu ke Aku cari calon sekarang Ni? Ketika usia Aku Baru masuk 18 tahun pada bulan 7 INI?